Rabu, 29 Mei 2013

JOM KENALI JENIS KULIT ANDA

1) KULIT KERING

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.

Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit. Kulit juga mudah menampakkan garis2 eksperesi terutama di sekitar mata dan mulut. Kulit Kering juga kelihatan kasar dan mudah mengelupas.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-

a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar
d) berlaku pengelupasan
e) terdapat garisan halus/kedutan kecil terhasil
f) wajah kelihatan kusam



Contoh : Kulit Kering



2) KULIT NORMAL

Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk


Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-

1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
3) Tiada banyak masalah pada kulit wajah

Tetapi harus di ingat penjagaan yang rapi juga adalah penting untuk menjaga kestabilan kulit.


Contoh : Kulit Biasa


3) KULIT BERMINYAK

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat kalenjar sebum menghasilkan minyak yg berlebihan menyebabkan kulit kelihatan berkilat.

Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih. Perlu di jaga dengan rapi agar permukaan kulit yang berminyak dapat dikawal

Ciri-ciri fizikal kulit berminyak adalah:-

a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka besar.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Mudah di tumbuhi jerawat

Contoh : Kulit Berminyak


4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING

Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.

Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.

Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-

1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat (Zon T- Dahi hidung dan dagu)
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.



Contoh : Kulit Kombinasi

Setiap manusia daripada kita memiliki berbeza-beza jenis kulit wajah. 
Bagi yang mempunyai masalah pada kulit wajah anda segerala mendapatkan rawatan supaya masalah tersebut tidak semakin teruk dan merosakan kulit wajah anda.
 Jom set date dengan saya,dan saya akan analisa kulit anda dan segera memberikan rawatan yang sewajarnya agar kulit anda kembali sihat dan cantik.
LET'S MAKE YOUR SKIN SMILE :)


JOIN MARY KAY HANYA RM20!!

Assalamualaikum, hi good morning😍 2020 telah pun berlalu , ramai yang terkesan dengan pandemic Covid 19 . Sempena tahun baru 2021 ini, kaks...