Jumaat, 13 November 2015

BENGKEL KECANTIKAN ' I'M BEAUTIFUL '

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Alhamdulillah Bengkel Kecantikan I'm Beautiful yang telah diadakan di Hotel Costa Ria Melaka pada 10 Nov lepas berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bengkel yang bermula jam 11 pagi telah dimulakan dengan pendaftaran semua peserta dan mengambil tempat masing-masing. Peserta yang hadir seramai 46 orang dan melibatkan seramai 11 orang perunding kecantikan.






Kebanyakan peserta yang hadir terus membuat bayaran pendaftaran RM10 dan tanpa melengah masa semua perunding kecantikan yang terlibat telah melakukan analisa kulit kepada semua peserta. Kelas di mulakan dengan kata-kata aluan MC iaitu FISD Aimie yaacob tanpa membuang masa kelas diteruskan dan dikendalikan oleh sha sendiri, di mulakan dengan HAND SPA iaitu rawatan penjagaan tangan.

Kelas diteruskan dengan sesi SKINCARE penjagaan kulit dan talk mengenai kepentingan menjaga kulit dan memilih produk yang selamat, turut di ajar LIPS SPA penjagaan bibir, seterusnya teknik2  MAKEOVER solekan harian yang betul. Semua peserta di ajar dan dikehendaki makeup sendiri menggunakan peralatan yang disediakan. Masa diberikan selama 30 minit, dan makeover tercantik juga diadakan dan pemenang mendapat hadiah.




Bengkel di meriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah yang memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Seterusnya sesi perkongsian kerjaya memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan oleh Pengarah Jualan Norizan Samsudin, dan aktiviti akhir sekali tutorial penggayaan HIJABISTA oleh sha juga. 

Bengkel di akhiri dengan sesi penyerahan sijil penyertaan dan cernderamata kepada peserta serta sesi bergambar. Bengkel yang sangat meriah dan banyak ilmu dapat diperolehi.





Ingin mengadakan bengkel kecantikan atau kelas makeup bole hubungi Sha segera!


PERUNDING KECANTIKAN BEBAS
AISHA SIMERA
019 - 336 1580

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN MARY KAY HANYA RM20!!

Assalamualaikum, hi good morning😍 2020 telah pun berlalu , ramai yang terkesan dengan pandemic Covid 19 . Sempena tahun baru 2021 ini, kaks...