Isnin, 23 Julai 2018

JERAGAT OHH JERAGAT (PIGMENTATION)

Assalammualaikum dan selamat pagi.



Ada satu kisah lucu mengenai jeragat ini.Bila dikenangkan balik rasa dah macam "Minah Salleh" Kak sha.Hihihi

Pernah ada customer tanya Kak sha pasal produk menghilangkan jeragat.Ternganga sebentar Kak sha.Jeragat?Apa tu?

Bila diselidik baru Kak sha tersedar.."Owhhhh...pigmentation ye kak?"..Tapi giliran customer tu pulak ternganga.Hahaha..

Sedikit terlupa sebutan dalam Bahasa Melayu sebab selalu sebut pigmentation heheh, jadinya lebih kepada perkataan English.Bermula dari situ Kak sha terus translate perkataan kecantikan English - Bahasa Melayu.

Okay..Pasti ramai dari kita tak suka jeragat kan?Apa itu jeragat?Macam mana boleh 'bertempek' kat wajah kita?Kenapa ada yang pudar?Kenapa ada yang gelap sangat sangat?

Jeragat dicirikan oleh gelap kawasan kulit yang disebabkan  rembesan pengeluaran cecair melanin dalam kulit. Ia adalah agak biasa dan biasanya tidak berbahaya, tetapi atas sebab-sebab kosmetik, itu adalah gangguan kepada orang-orang yang memilikinya.

Kak Bed sha cerita secara ringkas dalam post STRUKTUR KULIT mengenai melanin di ruangan  EPIDERMIS dan post FAHAMI MASALAH KULIT ANDA di ruangan PIGMENTASI/JERAGAT/FRECKLES bagaimana jeragat boleh terjadi.

Faktor utama sudah semestinya UV RAYS ( CAHAYA MATAHARI). Cecair melanin yang berwarna akan dirembeskan apabila kulit kita terkena sinaran matahari.Cecair ni bagus sebenarnya sebab tujuan dia hanyalah untuk melindungi sel nukles daripada rosak akibat sinaran matahari.Lihat contoh gambar di bawah ini.



Jeragat ini ada 3 jenis :

  1. Pigmentation ( Jeragat biasa - warna biasanya coklat.Boleh dirawat)
  2. Hyperpigmentation ( Jeragat Degil - warna biasanya lebih gelap dan saiz lebih besar.Sedikit susah untuk merawatnya.KLIK DI SINI untuk mengetahui jenis jenis hyperpigmentation)
  3. Hypopigmentation (Jeragat Rosak - warna keputihan.Memang tak boleh dah nak rawat sebab dah merosakkan sel nukleus itu sendiri)

Selain daripada cahaya matahari faktor hormon juga menjadi penyebab terjadinya jeragat ini.Biasanya wanita mengandung mudah mengalami lebihan rembesan melanin.

Nak cegah jeragat ni kena amalkan pemakaian UV Protection SPF ( Sun Protection Factor) - Penapis Sinar Suria.Kena pakai hari hari.Jangan tinggal walau tak keluar rumah sebab walau duduk dalam rumah kita masih terdedah dengan cahaya UV (televisyen,skrin telefon pintar,skrin komputer,lampu lampu.)

UV Protection krim ada 2 jenis juga ya.Ada yang berminyak dan ada yang jenis tak berminyak.Fungsi lain lain tu.Nanti saya kupas di entri yang lain mengenai UV Protection krim ini okay.

Cukup dulu untuk entri kali ini.Sehingga bersua lagi.Kak sha harap entri kali ini dapat memberi sedikit info pasal jeragat dan cara atasinya.

Boleh hubungi Kak sha personal di :

Facebook : Aisha Aminudin
Email : aishazmr8684@gmail.com
WhatsApp : 019-3361580

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN MARY KAY HANYA RM20!!

Assalamualaikum, hi good morning😍 2020 telah pun berlalu , ramai yang terkesan dengan pandemic Covid 19 . Sempena tahun baru 2021 ini, kaks...