Assalamualaikum dan selamat pagi!
Sebelum kita kenali JENIS KULIT & MASALAH KULIT, kak sha nak kongsi beberapa info yang kita WAJIB tahu mengenai STRUKTUR KULIT
Okay.Next kak sha akan kongsi Pasal JENIS KULIT & pasal MASALAH KULIT ,so sekarang kita masuk dulu ke fasa STRUKTUR KULIT.
Untuk menambah lebih pemahaman kita semua.Sekurang kurangnya lepas ni kita semua akan tau kenapa perlu amalkan SKINCARE REGIMEN DAILY & WEEKLY,dan juga kita akan dapat result apa yang kita mahukan dari pemakaian produk produk kecantikan yang ada sebab kita dah boleh buat pilihan yang terbaik.
Untuk menambah lebih pemahaman kita semua.Sekurang kurangnya lepas ni kita semua akan tau kenapa perlu amalkan SKINCARE REGIMEN DAILY & WEEKLY,dan juga kita akan dapat result apa yang kita mahukan dari pemakaian produk produk kecantikan yang ada sebab kita dah boleh buat pilihan yang terbaik.
Here we go.
Senang je.Kulit ada 3 BAHAGIAN di mana setiap bahagian mempunyai fungsi berbeza….
Nampak tak atas tu?Itulah keratan rentas untuk tisu kulit.Rasanya ramai yang tau kannnn.Salah satu BAB WAJIB untuk subjek SAINS.Comel kannn?
Jom bercerita pasal bahagian bahagian kulit ni.
*Lapisan kulit paling luar ~ segala macam kotoran akan melekat di sini.sebab tu kena cuci muka.Gunakan cleanser yang sesuai dengan kulit anda ye
* Fungsi Epidermis adalah membantu mengurangkan kadar kehilangan lembapan kulit dan melindungi kulit dari ancaman bakteria , habuk , UV dan sebagainya.
*90% adalah sel keratinocytes – Fungsi utama sel keratinocytes adalah sebagai halangan terhadap kerosakan alam sekitar(bakteria,kulat,parasite,virus),haba,sinaran UV dan kehilangan air dari dalam badan
*Epidermis ni ada 4 lapisan utama..
~ Paling luar kita panggil Stratum Corneum (tempat berkumpulnya sel kulit mati ~ if tak scrub laaa)
~ Paling bawah kita panggil Stratum Basal (tempat proses mutasi/pembiakan sel berlaku ~ cell renewal)Di bahagian inilah nucleus sel memulakan proses mutasi.
*Selain keratin sel….sel sel utama yang membantu dari segala bentuk kerosakan,kita ada:
~ Melanocytes Cell (mengeluarkan cecair melanin yang berwarna keperangan untuk melindugi nucleus cell daripada rosak yang disebabkan sinaran UV sekiranya tak pakai Sun protection or percentage yang tak cukup untuk keadaan cuaca yang tertentu)
~ Langerhans Cell….saya suka panggil sel ni POLICEMAN CELL…sebab apa???pernah tak kita pakai sesuatu produk kecantikan yang baru or memang tak pernah pakai la…pastu bila pakai kulit rasa sedikit gatal gatal,pedih yang sekejap or kita rasa macam ada benda yang ‘berjalan’ dalam kulit kita….haaaaa…cell inilah yang pergi ‘check’apakah foreign substance(bendasing) yang masuk dalam kulit kita.Biasanya dalam 2-5 minit rasa macam tu…If more than that macam sejam ke sehari ke,memang SAH produk tu tak sesuai….huhuhuhu
Lapisan lapisan epidermis ni paling penting untuk dijaga sebab ianya menentukan samada produk yang kita pakai itu akan berkesan or not.Kenapa macam tu????
Okay,pembentukan cell(proses mutasi) akan berlaku setiap hari..Average day cell renewal akan ambil masa dalam 28 hari.Epidermis ada 4 lapisan utama..Bila proses mutasi berlaku setiap hari maka setiap minggu ia akan menggantikan setiap lapisan dalam bahagian epidermis tadi…Jadinya dari Basal Layer akhirnya akan sampai kepada Corneum Layer pada minggu keempat.Sebab tu SCRUB PENTING dilakukan paling kurang seminggu sekali.Barula skincare seperti serum dan moisturiser lebih cepat meresap masuk kulit….. – now dah faham kan kepentingan scrub?
2) DERMIS
* Disinilah KUNCI segala kecantikan dan kesihatan kulit.
* Organ paling besar dalam tubuh manusia
* Organ paling besar dalam tubuh manusia
* Ada folikel rambut,ada sensitive neuron(sentuhan dan rasa –sejuk,panas,sakit,pedih…dll),oil gland(kilang minyak),kelenjar peluh,saluran darah.
* Part paling best nak tau.kat sinilah adanya COLLAGEN,FIBRE ELASTIC,HYLAURONIC ACID….
Kebiasaanya produk produk yang mengandugi kandungan yang boleh meransang kolagen akan sampai ke bahagian kedua kulit ini –EPIDERMIS
Harus tahu TIADA PRODUK COLLAGEN yang kita makan memberi lebih kolagen pada tubuh kita….Segala macam yang ada di pasaran hari ini adalah diolah dari R&D untuk MERANGSANG/STIMULATE kolagen yang sedia ada dalam body kita untuk kembali “lembap” dan kaya dengan fibroblast yang memberi lebih keanjalan kepada ELASTIC FIBRE supaya dapat menyokong kedudukan kolagen kembali kuat seperti dahulu…lembapan yang dimaksudkan ialah CAIRAN HYALURONIC ACID yang semakin berkurangan mengikut peningkatan usia…
Setiap tahun bermula usia 20 tahun dan ke atas secara purata kita akan kehilangan at least 1%-5% kolagen dari dalam tubuh.Sebab tu kesan kesan penuaan seperti kedutan(wrinkles),dull skin akan muncul.SUMBER COLLAGEN TERBAIK ADALAH DARIPADA SUMBER PROTEIN – IKAN…
Sekarang kan banyak produk berasaskan tumbuh tumbuhan,pun boleh tapi effect dia sedikit lambat compare dengan sumber protein.Carilah yang ada combinasi sebab sumber tumbuhan yang biasa digunakan banyak dari buah Berry kannn.Buah jenis berry ni bagus sebagai ANTI OKSIDA…..
3) HYPODERMIS
*Nampak tak color kuning kuning tu.SINONIM dengan nama LEMAK a.k.a FAT
*Dalam Bahasa saintifik orang panggil SUBCUTANEOUS TISSUE.~ used mainly for FAT STORAGE….
*Bahagian ni memang bagus sebab dialah yang ‘membalut’ tulang temulang kita..bagi protection gitu.
*Mengawal sejuk panas tubuh kita..
Badan kita memerlukan lemak ni tapi bukan LEMAK TEPU ya.
Urmmmm…so macamana?Dah faham kan serba sedikit.Mesti ada yang kata…"oooooo….sebab tu beauty advisor/therapist selalu cakap scrub tu penting"……."sebab tu tak digalakkan makan NASI waktu malam..nanti tidur karbo tu tukar jadi LEMAK TEPU"…….”patutlah rasa gatal gatal bila cuba produk baru”…..dan bermacam lagi persoalan barangkali.
Kak sha BUKAN NUTRIONIST, BUKAN DOCTOR mahupun PAKAR KULIT tapi Kak sha cuma seorang perunding kecantikan berdaftar Mary Kay. RUGI rasanya kalau tak share ilmu yang Kak sha tau dan yang Kak sha ada.Kak sha masih dalam proses pembelajaran.Hari hari adalah proses pembelajaran bagi Kak sha.Apa yang Kak sha kutip melalui pembacaan,pertanyaan customer lampau,pengalaman semua Kak sha share kan sekali.
Nasihat Kak sha kepada NEW BEGINNERS yang mula berminat soal kecantikan dan kesihatan.Jangan terus judge any artikel yang kamu baca tanpa bukti yang kukuh.Membaca perlu tapi perlu juga membuat sedikit penyelidikan.
1 pesan Kak sha…..TIADA 1 PUN PRODUK KOSMETIK 100% BEBAS DARIPADA SUMBER KIMIA OR SYNTHETIC even CLAIM ORGANIK…..
Sebab produk ORGANIK juga memerlukan emulsifier sintetik untuk memastikan agar produk tu ada lifetime(expiry date) untuk berada lebih dari berbulan bulan and bertahun tahun di pasaran…
Yang penting kena tahu INGREDIENTS UTAMA sesuatu produk tu.Barula kita tau apa function produk tu.Kena banyak bertanya kepada beauty beauty advisor yang recommend skincare tu.If pilih produk ORGANIK pastikan ada SIJIL PENGESAHAN ORGANIK YANG SAH.Kena tau Negara pengeluar produk itu sebab lain negara lain nama badan pemantau produk organic ni….boleh check kat link ni : http://en.wikipedia.org/wiki/Organic_certification
Sekian dulu..panjang sangat dah entry yang satu ini.rasa macam tak boleh stop taip dah Kak sha ni.
Salam sayang semua…..Jumpa lagi.
Hubungi saya di:
Facebook : Aisha Aminudin
Email : aishazmr8684@gmail.com
WhatsApp: 019-336 1580
Hubungi saya di:
Facebook : Aisha Aminudin
Email : aishazmr8684@gmail.com
WhatsApp: 019-336 1580
Tiada ulasan:
Catat Ulasan